TEKNIK RAWATAN

LUKA DAN BERDARAH

Rawatan Luka Kecil
  • Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
  • Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
  • Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal Pendarahan.
  • Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
  • Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
  • Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
  • Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan.
  • Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

KECEDERAAN TULANG (PATAH)

Rawatan Patah
  • Jangan gerakkan bahagian yang patah.
  • Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
  • Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
  • Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
  • Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
  • Dapatkan rawatan lanjut.



PENGSAN

Rawatan Pengsan 

  • Baringkan Mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
  • Longgarkan pakaian yang ketat.
  • Pastikan udara bersih mencukupi.
  • Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
  • Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

TERCEKIK

Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.


Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)

  • Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
  • Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
  • Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
  • Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehinggan objek yang tersekat itu keluar.
  • Jika anda tercekik dan keseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
  • Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
  • Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.



RENJATAN

Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.


  • Dapatkan bantuan dan hubungi ambulan.
  • Periksa masa dan jika perlu lakukan CPR.
  • Berikan rawatan terbakar dan melecur.
  • Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan seperti di atas.
  • Berada disisinya sehingga bantuan tiba.









0 comments:

Post a Comment