Kecederaan dan Puncanya

Patah Tulang
Tulang yang retak ataupun pecah di panggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti samada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.

Punca Patah Tulang

  • Kekuatan hentakan tepat (direct-force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan.
  • Kekuatan hentakan sipi (indirect-force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan.

Renjatan
Ia berlaku disebabkan kekurangan pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Ketika pendarahan serius, seseorang boleh menemui ajak disebabkan renjatan yang teruk. Namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah bantuan kecemasan diberi dengan cepat dan betul.

Tanda Renjatan
  • Kelihatan pucat.
  • Sejuk dan kulit melekit.
  • Denyutan nadi lemah dan pantas.
  • Rasa sakit dan hendak muntah.
  • Rasa hendak pitam dan pening.
  • Mungkin merasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya disebabkan terbakar atau pendarahan).
  • Akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Luka
Ia terjadi kerana bahagian dalam kulit pecah selepas sesuatu kecederaan.

Jenis Luka
  1. Luka terbuka
  2. Luka tertutup

Luka Terbuka
  • Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
  • Terdapat beberapa jenis luka iaitu luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan, calar-balar dan luka tembakan.

Jenis Luka Terbuka

Luka Terhiris
  • Akibat terkena pisau, pisau cukur atau hujung lembaran kertas.
  • Menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula.

Luka Terkoyak
  • Mungkin terkena kawat duri, alatan mesin atau cakaran binatang.
  • Aliran darahnya kurang berbanding luka terhiris kerana saluran pembuluh darah terkoyak lebih cepat bercantum.
  • Darah beku akan kelihatan merentangi pinggir luka.
  • Luka ini boleh tercemar.

Luka Tusukan
  • Mungkin disebabkan paku, jarum, garfu perkebunan, batang besi atau taring.
  • Mengakibatkan luka dalaman yang serius.
  • Jika luka dalam ia mudah terdedah kepada jangkitan kerana kuman dan kotoran mungkin telah terbawa ke dalam bersama.

Calar-balar
  • Dapat dilihat bila mana saluran darah dibawah kulit telah pecah akibat terjatuh, tergelincir atau belaga.
  • "Kehitaman mata" juga tergolong sebagai calar-balar atau lebam yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mengelakkan berlaku kerosakan mata, tengkorak atau tulang pipi.

Luka Tertutup
  • Pendarahan hanya berlaku didalam tubuh.
  • Darah tidak keluar melalui kulit.
  • Boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan.
  • Adakalanya darah mungkin keluar melalui pembukakaan semulajadi dalam badan seperti melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah.
  • Kadangkala kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul di bawah kulit.
  • Ada ketikanya tiada sebarang tanda-tanda luaran kelihatan.

0 comments:

Post a Comment